Bergelar Pemimpin Dalam Tidak Sedar

Assalam.Malam neyh nak buat entry motivasi sikit lah.Selalu entry semua nak bagi orang sentap ja kan.kali neyh entry motivasi.Jom cekedout!!

Andai kata korang dilontarkan persoalan adakah korang seorang pemimpin,apa yang akan korang jawab?Mungkin ada di antara korang akan jawab "Ya!Aku pemimpin tapi pada masa akan datang".Bagi lelaki pula mungkin akan jawab "Aku lah pemimpin kepada keluarga aku".

Neyh semua jawapan stereotype.Bagi aku korang semua adalah pemimpin.Ya!Kita semua adalah pemimpin.Pemimpin kepada diri kita sendiri.

Kitalah pemimpin kepada diri sendiri yang bertanggungjawab untuk mencorak masa depan kita.Memimpin diri kita untuk membezakan yang halal dan haram.Memimpin diri kita untuk terus tunduk kepada suruhan-Nya.Memimpin diri kita untuk terus berjuang di bumi yang menjadi tempat persinggahan kita semua.

Ingat kalau korang tak mampu untuk menjadi pemimpin kepada diri sendiri jangan bermimpi untuk menjadi pemimpin kepada orang lain.Kerana kalian hanya akan membinasakan mereka yang berada di bawah pimpinan kalian.


" To be able to lead others,a man should be able to lead himslf first! "


Jadi apabila korang dilontarkan persoalan adakah korang seorang pemimpin?Jawablah dengan yakin bahawa Aku seorang pemimpin.Pemimpin kepada diriku sendiri yang bisa mencorak kehidupan ke arah jalan yang benar.


P/S : Sorie kalau entry tak best!Sirius aku takda idea nak update tapi gedik nak up entry gak.

Lepas baca jom lah klik iklan ni.Terima kasih!Jgn lupa drop komen sekali.^-^