Assalam.Hari ni nak cakap cepat2 ja.Banyak blogger sekarang yang dah hilang identitinya.Tak payah cakap la blogger mana kan.Kalau cakap nanti kena hentam lak.Lain lah aku memang tak hilang identiti sebabnya blog aku memang tek pernah beridentiti.Keh3!
Aku suka baca penulisan seorang blogger ni.Pendapat yang dia lontarkan bernas belaka.Bagi aku beliau selalu berfikir luar dari kotak fikiran.Kalau beliau publish entry tak sampai berapa jam mesti komen dah mencanak.
Tapi sayang,sekarang blogger tuh dah macam hilang identitinya.Penulisan beliau tak secantik dulu,pendapat yang dilontarkan tidak sebernas dulu.Yang sekarang beliau buat adalah mengupdate entry yang entah apa2.Bosan!Stereotype!
Natijahnya,aku dah tak buka blog beliau.Bosan dengan entry yang langsung tak mencabar minda.Yes!Aku mengaku blog aku pon bukan ada entry yang mencabar minda,semua bosan belaka tapi aku suka baca blog yang entry nya lain dari yang lain.
Aku tak minta banyak,cuma satu ja.Tolong kembalikan blog kau kepada identiti asal.

P/S : Untuk semua blogger sila jaga identiti blog anda.Kadang2 anda hairan kenapa trafik blog turun,tanpa anda sedar identiti sesuatu blog banyak mempengaruhi jumlah pelawat blog anda.