Sebelum ini heboh pasal Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25 yang gagal dalam permohonan di Mahkamah Tinggi untuk tukar nama di kad pengenalan kepada Aleesha Farhana. Pagi semalam 30 Julai 2011 pukul 5 pagi, Aleesha Farhana yang pernah buat pembedahan di Thailand, telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Apa yang di beritakan punca kematian sebab kompilasi jantung dan masalah kemurungan.
Ramai bersimpati dengan Aleesha Farhana. Dalam suatu kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sendiri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga turut berasa sedih kerana tak sempat nak bagi bantuan kaunseling kepada arwah.
Di laman twitter, facebook, blog dan berita utama pelbagai ucapan takziah di berikan kepada keluarga arwah. Antaranya, 'RIP for Aleesha Farhan', ' Candlelight vigil, 8pm, outside Bar Counsil', 'Al-Fatihah kepada Aleesha Farhana'.
Juga artikel kelakar di petik dari Malaysiakini, menurut ibu Aleesha Farhana, arwah selalu menyebut tak sempat pakai baju kurung yang di tempah sempena hari raya yang akan datang'.
Bagi aku Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana memang patut meninggal dunia. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Kontroversi ini bukan perkara baru di Malaysia. Perkara ini sudah lama bertapak. Ini merupakan salah satu kes yang berjaya menonjol dan mendapat perhatian umum. Bagusnya, sikit sebanyak telah membuka mata orang Islam amnya, pentadbiran negara dan kepimpinan di Malaysia mengenai kes yang melibatkan aqidah seseorang.
Dalam agama Islam, seorang perempuan yang menyerupai lelaki dan sebaliknya jika lelaki menyerupai perempuan jelas tidak di benarkan. Hukumnya haram. Tiada penafian lagi. Apatah lagi menjadi seorang transgender sehingga sanggup menukar kejadian yang di cipta Ilahi sejak azali. Ini merupakan perkara di luar batas hukum sebagai seorang manusia normal dan prinsip agama apa sekalipun.
Sebagai seorang ibubapa yang beragama dan waras, kita sepatutnya monitor dan menegah setiap perlakuan yang bertentangan dengan prinsip Islam. Bukan sebaliknya dengan mengikut kehendak dan kemahuan si anak. Sayang anak tidak bermaksud sentiasa menyokong setiap apa yang di lakukan. Kesilapan seperti ini sepatut di ambil pengajaran oleh ibubapa lain.
Setiap penyakit ada penawar. Kecuali mati. Sebagai seorang individu yang cenderung kepada transgender atau intersexual akibat hormon badan yang tidak stabil, sama ada ke arah wanita atau lelaki, sepatutnya perlu ambil inisiatif sendiri akan langkah percegahan dan cara membendungnya. Bincang mengenai alternatif terbaik dengan ilmuan, pakar atau doktor berkaitan. Bukan terus menerus mengikut naluri hati.
Dari segi sains, rawatan seperti psikologi/kaunseling, diagnosis mengenai penyakit kecelaruan identiti, terapi hormon dan pelbagai cara lagi telah terbukti dapat membendung gejala ini dari menjadi kronik. Sedikit sebanyak dapat kurang peratusan lakukan illegal surgery dan penggunaan ubatan yang pasti terdapat kesan sampingan. Seterusnya memudaratkan kesihatan diri.
Kepercayaan agama penting dan salah satu cara dalam mengembalikan keyakinan diri. Untuk penyelesaian setiap masalah perlulah segera kembali kepada perkara asas kejadian manusia. Kalau tidak, itulah kemungkinan seperti apa yang telah terjadi kepada Aleesha Farhana. Kemurungan yang tidak dapat di kawal.
Kita perlu mengutuk budaya transgender. Menghina akan kewujudannya. Dan kalau boleh hapuskan terus. Tapi rasanya amat mustahil sekali. Kecuali dengan penguatkuasaan undang-undang yang menyeluruh.
Menghina budaya ini bukan bermaksud turut menghina sekali orang yang mengalami sindrom ini. Budaya ialah sesuatu perlakuan dan orang melakukan ialah suatu pengaruh terhadap budaya tersebut. So kita sepatutnya memberi galakan dan sokongan kepada mereka untuk berubah. Banyak lagi kes seperti Aleesha Farhana ini di luar. Kutukan saja tidak mengubah sebaliknya mematahkan harapan mereka. Dari situ kepentingan setiap individu perseorangan memainkan peranan penting jika mahu gejala seperti ini di kurangkan.
Walau apa-apapun yang pergi meninggal dunia tetap telah pergi. Yang lakukan kesilapan harap sempat bertaubat. Cuma kita yang masih hidup ini bagaimana pula?
P/s : Jika benar Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana mati dalam Islam, Al-fatihah kepada arwah. Semoga di beri keampuan oleh Allah. Amin.
